Sunday, December 29, 2013

Sweet 63 birthday for my dad


Dear Dad,

 your strong and firm shoulder
Is enough to move any boulder
Whatever I am today
Is because of the way
You brought me up to be honest and true
Please accept my heartfelt birthday wishes for you





Tuesday, December 17, 2013

2nd Anniversary


Salam kesayangan semua...

Maaf agak lame x update blog since keje di ofis bertingkek-tingkek.. 

2nd Anniversary!!!.. wahhh pejam celik pejam celik dah 2 tahun dah sy kahwin.. Alhamdulillah..

nothing much special untuk anniversary.. no big party, no romantic dinner.. almaklumler x berape nak romantic sangat:):) just sempat baking cheesecake utk hubby..

cheesecake yang x berapa nak jadi sbb agak kenyal like a jelly.. maybe gelatine terlebih dos dlm cake tu..:):)

Nyway, to my husband, 

A lover..
A partner....
A husband...
A best friend...
A... whatever...

Thank you for everything

All these years, you've heard me nag (every time kot)
But on this day, I'm gonna brag about how you still love me for me...

I'm still an imperfect wife but i will try my best!!

My Imam, love you till jannah!!!


Monday, December 2, 2013

Johor Confirm cuti Jumaat dan Sabtu



Pada masa kini, kita dapat perhatikan golongan lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu berehat dan tidur. 

“Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat menunggu imam selesai membaca doa. Kita sedia maklum, di Malaysia ini masih ada beberapa negeri yang mengamalkan cuti pada hari Jumaat malah Johor juga sudah mengamalkannya sebelum ini. 

“Oleh yang demikian, selepas menilai banyak pandangan, saya membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014,” titah baginda sempena Istiadat Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-55, di Dewan Jubli Sultan Ibrahim, di sini semalam.



Salam semua.. Petikan di atas merupakan artikel yang dikeluarkan oleh berita harian? So hari ini sy just nak share ape pendapat saya tentang cuti jumaat dan sabtu jika dibandingkan dengan sabtu dan ahad..

Dulu saya pernah merasai pengalaman bercuti pada hari jumaat dan sabtu dan bersekolah pada hari ahad. Cuma x igt tp mase tu masih di bangku sekolah rendah lagi. Alhamdulillah, Hari Jumaat dijadikan hari cuti kepada semua warga Johor.

Kalau tanye pendapat saya. Bagusla Johor mengambil pendekatan untuk mengangkat Jumaat sebagai hari cuti memandangkan Jumaat merupakan penghulu segala hari. Jumaatlah di mana semua umat islam lelaki berpusu-pusu untuk menunaikan solat jumaat... tidak perlu terkejar-kejar untuk sembahyang, makan dan masuk kerja semula.. Bagusnya bercuti pada jumaat adalah, produktiviti kerja semua kakitangan kerajaan akan menjadi lebih baik... Kalau dulu, kirenye Jumaat ni mcm kerja half day jela.. Slalunye 8-9 program membudayakan alquran, lepas tu gi minum.. dah gi minum buat2 keje then pukul 12.00-12.30 dah kluar lunch smpilah 2.45.. then pukul 5 dah blk. Dan kebanyakan kakitangan kerajaan akan mengambil keluar 2 jam selepas 2.45 untuk bercuti dan sebagainya.. Jadi boleh dikatakan Hari jumaat amat kurang sekali kerja-kerja yang boleh dilakukan...


 Saya juga sebagai kakitangan kerajaan tiada masalah untuk bercuti pada hari jumaat dan sabtu.. Tetapi, suami saya pula adalah sebaliknya. beliau bekerja di sektor swasta dan bagi cuti yang diumumkan oleh Sultan Johor, ia adalah terkecuali bagi pihak swasta.. Mereka bebas menentukan sama ada mahu ikut serta atau tidak..

sebelum ini suami sy bekerja pada hari sabtu secara alternate dan ahad bercuti.. oleh itu, pada tahun hadapan, cuti untuk keluarga akan menjadi agak terhad.  saya bercuti jumaat dan sabtu.. dan sabtu suami bekerja separuh hari. Dan ahad bile isteri bekerja suami bercuti..  Jadi tempoh cuti sy bersama suami adalah hanya setengah hari atau sehari sahaja..


Ia agar sukar bg kami untuk merancang percutian.. Tp xde mslahnya sebenarnye sbb bolehla apply cuti kan..  cuma itulah.. Alangkah baiknya jika pihak swasta juga turut ikut serta bercuti Jumaat dan Sabtu.. Lebih baik dan harmoni..hehehe

itu je sy nak share... just my two cent:):)



Doktor Wanita di Wad Bersalin



Salam semua.... Well, hari ini saya nak share tentang isu  WAJIB mendahulukan doktor WANITA dan semua rawatan terutama di bilik bersalin dan wad wanita.

saya ada menerima beberapa invitation melalui facebook untuk sign a petition berkaitan dengan 

"menggesa meletakkan KEUTAMAAN hanya Doktor Wanita dan Nurse Wanita di bilik dan wad bersalin"


Pada pandangan saya, ini merupakan satu usaha yan baik kepada wanita muslim terutamanya dalam soal yang berkaitan dengan aurat. Seperti yang kita maklum, perkara ini sangat penting bagi wanita muslim di Malaysia kerana terdapat pandangan yang mengatakan bahawa pemeriksaan kesihatan oleh doktor lelaki kepada pesakit wanita yang melibatkan aurat wanita muslim itu bukan dilihat sebagai darurat melainkan ketiadaan langsung doktor wanita ketika itu. 

saya pun x nak komen lebih-lebih.. So sesiapa yang bersetuju jom sign the petittion sekarang!!!
boles click di link ini.. TQ guys:)