Wednesday, November 27, 2013

29 Julai 2013





Salam kesayangan semua..  hampir berbulan2 tidak menulis di blog baru ini... seperti tiada suntikan semangat seperti dulu... Tup tup hari ni mcm dapat energy baru untuk buat entry baru... sibuk keje pun ye.. 

Kenape ye title entry kali ni sy letak 29 Julai 2013? sebab pada tarikh tersebut sy disahkan keguguran akibat kandungan luar rahim. So hari ini saya nak share sikit ttg peristiwa itu...

bagi pasangan yang berkahwin, pasti mereka ingin zuriat.. begitu juga saya dan suami.. kami telah berkahwin hampir setahun lebih.. dalam tempoh setahun lebih, kami tidak pernah merancang untuk mendapat anak.. sejak saya sah bergelar isteri saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.. namun mungkin Allah lebih tahu apa yang terbaik...

Sejak 6 bulan usia perkahwinan, saya sudah mula gelisah dan bimbang bila masih belum ada apa-apa tanda untuk mengandung. saya mula pergi mengurut.. kemudian apabila sudah hampir setahun saya dan suami mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di hospital.. takutla sekiranya terdapat masalah di antara kami..

saya mula mndapatkan khidmat nasihat di hospital pakar PUTERI di Johor Bahru. semua peringkat rawatan sy telah lalui.. baik dari pemeriksaan tiroid, diberi ubat hormon selama 3 bulan, pemeriksaan HSG, dan bagi suami ujian sperm test dijalankan.. daripada pemeriksaan yang dijalankan, kami berdua disahkan sihat walafiat.. tiada masalah untuk mengandung.. Ketika itu, sy dah suame dah rase lega sedikit sbb takut2la kami ni ada masalah..

sejak dari itu, kami tidak pernah putus berusaha.. sehinggalah pada tarikh 26 Julai dimana saya membuat xray bagi tujuan perlantikan utk kerja di tempat saya.. selang tiga hari, saya rase sakit yang teramat sangat sehingga nak tergolek2 di rumah.. En. suami terus membawa saya ke PUTERI.. dan disitu Dr. membuat pemeriksaan dan didapati terdpt fluid di luar rahim sy. Dr. cdgkan utk sy membuat pembedahan, tetapi atas nasihat ahli keluarga, sy meminta utk dihantar ke HSA.

Di HSA, dr. membuat pemeriksaan dan ye benar seperti ada sesuatu di luar rahim sy... akhirnya di dapati sy mengandung di luar rahim.. ttp kandungan itu terlalu kecil sy kire baru 1-2 minggu je.. dan ia pun telah mati akibat daripada xray yang sy lakukan.. Ketika itu, saya dan suami seperti tidak percaya... yelah, bygkan selama ini tunggu punya tunggu, tp xde hasil.. tup tup bile buat xray, mase tu sy mengandung rupanya.. tapi saya redha and ada hikmahnya kerana dr. ckp kandungan luar rahim agak membahayakan.. takut2 ada berlaku pendarahan, akan berlaku masalah yang lain pula..


sehinggalah 2 hari lepas saya membuat check up semula di hospital.. Dr. masih meminta kami terus berusaha seperti biasa..  dan ya kami akan tetap berusaha..

Kadang- kadang sy terfikir, kenapalah mereka yang mudah rezekinya untuk zuriat tetapi mereka seolah-olah tidak menghargainya. dibuang di sana sini,  dibunuh seperti anak kucing dan sebagainya. Ya Allah x sanggup melihat bayi yang masih kecil yang masih merah diperlakukan kejam sebegitu...sedangkan kami yang ingin anak tetapi rezeki itu belum sampai...

Tapi benar, Allah mengetahui segalanya-galanya.. mungkin rezeki kami masih belum ada. tetapi Allah berikan rezeki lain kepada kami.. kami berdua tetap bersyukur.. Cuma memang mudah berkata-kata.. tetapi di hati x siapa yang tahu..

naluri hati seorang wanita yang sudah berkahwin yang inginkan zuriat.. kadang-kadang bila melihat orang lain mendukung bayi mereka, mengalir air mata saya dan terdetik di hati saya bilalah saya akan merasai saat-saat itu.. Hanya Allah sahaja yang tahu...

Setiap kali berjumpa dengan kawan-kawan dan saudara mara, soalan yang sama sering di ajukan kepada saya.. sampaikan ada ketika seolah-olah saya ingin menjerit kepada mereka.. Tidak kah mereka faham.. kami tidak pernah merancang... kalau mereka tidak sabar untuk melihat sy mempunyai anak, apatah lagi kami berdua... cukup2 la bertanya tentang soalan itu..

Doakan kami berdua sentiasa kuat dan tidak putus asa untuk berusaha... Andai kata memang telah ditakdirkan kami tidak mempunyai rezeki zuriat.. saya tetap redha kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.




No comments:

Post a Comment