Friday, November 29, 2013

Kerjaya pensyarah: Mengajar 6 jam je seminggu????

Salam semua... hari ini saya nak kongsi pandangan saya tentang isu yang agak hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini... bila mana ade beberapa pihak yang bersuara tentang isu gaji, beban kerja dan sebagainya terhadap semua pensyarah IPTA di Msia...  ada 2 artikel yang menarik perhatian saya di mana satu artikel yang bertajuk Keluhan seorang Profesor Jusa B, bekas Dekan dari sebuah IPTA dan Kerjaya pensyarah: Mengajar 6 jam je seminggu????

Jadi tulisan saya hari ini tidaklah membandingkan dengan mana-mana kerjaya atau profesion kerana bagi saya setiap kerjaya  ada mempunyai skop kerja, beban kerja yang x boleh nak dibandingkan.. cuma cuma cuma, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya yg x seberapa di dalam dunia kerjaya sebagai pensyarah.. mungkin pengalaman saya tidakla hebat jika dibandingkan dengan mereka yang telah lama berkecimpung dalam profesion ini.. namun Insha Allah perkongsian pengalaman ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang apakah yang saya lakukan dlm kerjaya saya sebagai seorang pensyarah...


di atas ini dapatlah anda lihat 11 perkara yang perlu kami sebagai pensyarah di IPTA khususnya di UTM dimana disinila tempat saya mencari rezeki...  11 perkara ini perlu kami penuhi sepanjang tahun dan setiap perkara ini mempunyai pemberat sendiri.... 

PENGAJARAN

isu tentang pengajaran. YA benar, jadual pengajaran kami tidaklah penuh dari hari isnin hinggalah jumaat. seperti saya. jadual pengajaran saya adalah pada hari isnin iaitu bermula jam 11-1 ptg dan 2- 4 petang. dan keduanya adalah pada hari selasa bermula jam 8-11 pg, 2- 4 ptg, 4- 7 mlm.. dan pada hari rabu sehinggala jumaat jadual pengajaran sy kosong..dan pada sabtu dan ahad ada kelas untuk SPACE dari pagi hingga petang atau dari petang hinggalah malam.

nampak relaks kan?... ya benar, jika hanya melihat kepada jadual kami, mmg nampak mudah dan senang.. NAMUN, jangan lupa.. di sebalik pengajaran, kami ada juga pengajaran iaitu bagi kursus Penyelidikan sarjana muda 1 dan 2 (PSM 1 & 2). saya mempunyai 6 orang pelajar PSM sepenuh masa dan 4 orang pelajar PSM part time. untuk setiap pelajar saya peruntukan lebih kurang 1 jam utk sesi perbincangan, penyemakan tugas mereka. oleh itu 6 jam diperuntukan untuk mereka setiap minggu. kiranya 6 jam tu dah memenuhi jadual saya pada hari rabu. oleh itu hanya tinggal khamis dan jumaat je..

untuk 4 orang pelajar part time..sebenarnye mereka tidakla perlu berjumpa dengan saya setiap minggu, ikutkan mereka hanya perlu berjumpa dengan saya 3 kali sahaja sepanjang satu semester. Namun begitu, saya tidak tahu mengapa pelajar-pelajar di bawah penyeliaan saya, mereka sangat rajin untuk berjumpa dengan saya hinggakan hampir setiap minggu mereka akan datang berjumpa dengan saya dan saya sebagai pensyarah xkanla nak menolak kehadiran mereka. sudah tugas saya untuk membantu pelajar saya. oleh itu untuk 4 orang pelajar ini saya peruntukan juga 4 jam untuk mereka.


saya juga mempunyai pelajar-pelajar master yang perlu saya selia. untuk pelajar master masa agak lame perlu diperuntukkan untuk mereka sebab agak rumit untuk menyemak kerja mereka.. ia memerlukan perbincangan yang panjang. saya ambil pengiraan yang mudah.. 1 orang pelajar dalam 2 jam.. jadi 4 jam untuk 2 orang..  jadi 4 jam untuk pelajar part time dan 4 jam untuk pelajar master. sudah 8 jam disitu.. oleh itu jadual hari khamis saya sudah penuh dengan penyeliaan.

tinggal hanya hari jumaat.. dimana jumaat inilah hari2 di mana saya perlu memikirkan untuk memenuhi lagi 10 perkara di atas.


Penyelidikan, penulisan, penerbitan, perundinga, khidmat profesional dan sbgnya.. jika anda di tempat saya, bolehkah saya memenuhi semua perkara dengan hanya sehari je yang masih free??? 

penyelidikan memerlukan kami menyediakan kertas kerja, proses memungut data, membuat laporan dan sebagainya.

penulisan dan penerbitan, kami terpaksa berhempas pulas menulis kertas2 yang berimpak, jurnal berindeks. jika bertuah mempunyai geran penyelidikan, bolehla menggunakan wang tersebut bagi tujuan bayran yuran dan kos2 yang perlu ditanggung.. jika ketika saya menjadi tutor dahulu, saya ingin membentang kertas saya di seminar, saya perlu mengeluarkan duit poket saya. saya pernah mengeluarkan duit saya sebanyak RM 5000 hanya utk satu seminar. ia termasukla kos pendaftaran, penginapan dan perjalanan dan sebagainya. ikutkan hati tidakla sanggup untuk mengeluarkan duit poket sendiri, tetapi semata-mata untuk memenuhi KPI tahunan, saya terpaksa juga.

perundingan, kami juga perlu membuat kerja-kerja perundingan. dan ia bukanla mudah.. untuk mendapat kepercayaan drpd pihak2 tertentu untuk membolehkan mereka melantik kite untuk menjadi perunding amatlah sukar. lebih-lebih lagi seperti saya yang di anggap setahun jagung dalam kerjaya ini.

dan yang paling menarik, khidmat profesional dimasa jawatan-jawatan yang dipegang. untuk tahun 2013 sahaja, saya telah mendapat lebih daripada 10 surat lantikan sebagai setiausaha, jawatan kuasa,ketua dan sebagainya.. semua ini menuntut saya untuk allocate mase untuk mesyuarat, menjalankan tugas yang diberi, meeting,buat kerja dan meeting lagi.. Jadi bagaimana kami menyusun jadual kami? di ruang-ruang kosong di dalam jadual kami inilah kami cuba untuk membuat semua 11 perkara sepanjang tahun..

owh lupa pula..kami juga tidak terkecuali untuk memenuhi kursus-kursus sebagai syarat. kadang-kadang kursus sehari, 2 hari, seminggu dan ada yang 3 minggu. seperti tahun ini, saya perlu ke kursus selama 3 minggu... jadi dalam 3 minggu sya terpaksa membatalkan kelas, dan terpaksa memikirkan kelas ganti kepada pelajar yang selalunya dibuat pada waktu malam memandangkan waktu siang, jadual pelajar telah penuh.

Dan jika mahu diterangkan satu persatu saya rase x cukup 1 entry ni:):)... Kesimpulannya., itula sedikit sebanyak gambaran tugas hakiki kami sebagai seorang pensyarah... Kami tidak minta banyak, hanya minta kami di adili setimpah dengan apa yang kami lakukan... 

jujur saya katakan, walaupun saya seorang pensyarah dan suami merupakan seorang jurutera, namun kami masih lagi membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan kami. bukan kami tamak, tetapi itula hakikatnya.. dengan kos hidup yang tinggi, ingin membeli rumah, kereta. suami yang terpaksa berulang alik yang menelan kos minyak hampir 100-150 seminggu..

ya benar, orang kata kalau xde duit, kenape perlu pakai kereta mewah dan beli rumah mahal2?.. tetapi pertanyaan itu sukar untuk saya jawab. dengan apa yang saya bersusah payah selama ini, salahkah kami ingin memiliki apa yang kami inginkan? mempunyai kereta idaman, rumah idaman??? 

namun saya tidakla pernah merungut mengatakan bahawa gaji tidak cukup, gaji kecik dan sebagai. saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan.. sbb itula, kami membuat kptsn untuk membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

so saya rasa cukup smpi disini shj perkongsian saya tentang kerjaya sebagai pensyarah. Saya tetap cintakan kerjaya saya walaupun apa- apa pun yang berlaku. dengan mendidik, berkongsi ilmu dengan pelajar saya, saya rase sangat tenang... syukur saya diberi peluang untuk mempunyai anak didik, dapat berkongsi apa yang saya ada.. saya x pernah meminta balasan dari mereka.. hanya mahukan kejayaan di mereka di dunia dan akhirat...

salam..



No comments:

Post a Comment